Reaksi rakyat Malaysia dan antarabangsa Penahanan ISA 2008

Sekali lagi ISA yang dianggap undang-undang draconian digunakan dalam masyarakat moden kini. Ramai aktivis sosial dan hak asasi manusia berpendapat bahawa ISA bertentangan dengan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara sejagat.

ISA adalah undang=undang ciptaan penjajah British tahun 1948 bagi mengekang kebangkitan pengganas komunis di Semenanjung Tanah Melayu . ISA masih lagi dikekalkan di Malaysia dan Singapura dengan alasan retorik masyarakat majmuk, sukar dikawal dan satu tindakan pre emtif, bertindak sebelum terlambat.

Polis mempunyai peruntukan yang mencukupi dalam Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah yang membenar polis menyiasat seperti mengikut Seksyen 504 dan 505 Kanun Keseksaan. Situasi sekarang belum ekstrim untuk menggunakan ISA. Bekas Presiden Majlis Peguam Sulaiman Abdullah menyifatkan menggunakan ISA seperti menggunakan bom nuklear.

Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan amat terkejut kerana kerajaan masih menggunakan ISA apabila berhadapan dengan masalah. Majlis akan mengadakan mesyusarat tergempar bagi membincangkan tindakan-tindakan bagi mengatasi masalah tersebut. Pihak peguam yang berpengalaman mengendalikan kes tahanan ISA terpanggil mengadakan mesyuarat itu pada 20 September 2008. Mereka berharap pihak kerajaan akan mendengar hujah-hujah yang akan diputuskan nanti. Pasukan peguam diketuai Rajpal Singh akan menyediakan khidmat guaman.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia , Norila Mohd Daud berharap kerajaan segera membebaskan rakan wartawan mereka , Tan Hoon Cheng. Tindakan ini hanya akan menyekat rezeki wartawan dan bukan wartawan.Wartawan hanya menjalankan tugas dan tidak dapat membela untuk mempertahankan diri. Beliau hendaklah dibicarakan di mahkamah jika benar beliau disabit kesalahan, tetapi bukan ditahan di bawah ISA . NUJ akan menghantar surat bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Abdullah Ahmad Badawi.Laporan dihantar kepada Persekutuan Wartawan Antarabangsa yang berpangkalan di Brussel, Belgium. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan juga tidak relevan lagi. [3]

Datuk Joseph Bangkuai selaku Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) mahu wartawan yang bersalah dibicarakan bukan ditahan di bawah ISA tanpa diketahui bersalah atau tidak.

Lim Kit Siang selaku penasihat DAP mengadakan sidang akhbar khas di Kuala Lumpur bersama ibu bapa Teresa Kok. Teresa Kok merupakan ahli parlimen Seputeh dan ADUN Kinrara dan exco kerajaan negeri Selangor. Beliau menyifatkan tindakan ini merupakan tindakan borong umpama Operasi Lalang 1988 pada saat kepimpinan UMNO berada dalam situasi retak menanti belah. Pada awalnya ibu bapa Teresa Kok, Poay Seh Kwen dan Kok Kim Seng tidak diberitahu di mana lokasi dan nasib anaknya, hidup atau mati .

Lim Guan Eng selaku Ketua Pulau Pinang telah berkumpul di IPK Polis Pulau Pinang bersama ramai penyokong DAP, MCA, Gerakan dan PAS. Rakan sekolahan dan seuniversiti Tan Hoon Cheng telah memasang lilin agar Tan dibebaskan.

Datuk Seri Samy Vellu selaku Presiden MIC telah menemui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menyatakan penahanan itu hanya akan memburukkan imej kerajaan.[4]

Pengerusi Wanita MCA Datuk Dr Ng Yen Yen mahu kerajaan mendengar pandangan awam supaya ISA dikaji semula.